2025-03-04 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan pelaksanaan kadar caruman dua peratus Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing,tidak akan membebankan.
Perkara itu dilaksana dengan mengambil kira pandangan syarikat besar serta Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS).
Kaedah tersebut selaras piawaian antarabangsa dan dilaksanakan di hampir 70 buah negara.
"Jadi,kita KWSP dan Kementerian Kewangan mengadakan libat urus dengan semua syarikat besar dan PMKS selain kita juga terikat dengan piawaian antarabangsa,Artikel 68 Konvensyen 122 International Labour Organisation.
Sebab itu,kalau kita lihat hampir 70 negara menggunakan kaedah caruman walaupun kebanyakan negara meletakkan kadar caruman yang lebih tinggi,kita kenakan yang minimum iaitu 2 peratus,tidak akan bebankan," kata Datuk Seri Anwar di Parlimen,hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan,pelaksanaan kadar caruman dua peratus KWSP itu juga sebagai mekanisme pendaftaran pekerja asing yang lebih sistematik selain bagi meningkatkan kawalan terhadap kemasukan tenaga kerja luar.
Kenyataan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Miri,Chiew Choon Man.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur