2025-03-04 HaiPress

Sirajuddin Suhaimee menegaskan sikap memperlekeh amalan keagamaan pihak lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam susulan video tular penyampai radio stesen swasta didakwa mempersenda perayaan Thaipusam
KUALA LUMPUR,4 Mac-Setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk termasuk di platform media sosial,tegasKetua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.
Dalam kenyataan hari ini,beliau menyatakan bahawa sikap memperlekeh atau mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam,malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat.
"Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama,Malaysia MADANI menekankan nilai hormat-menghormati,toleransi,serta kesejahteraan bersama.
"JAKIM mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan,mengelakkan kenyataan atau perlakuan yang boleh menyinggung kepercayaan agama lain serta menghormati kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau turut merujuk kepada firman Allah dalam Surah Al-An’am,ayat 108 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah,kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."
Terdahulu,tiga penyampai sebuah stesen radio swasta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran video di platform media sosial stesen berkenaan.
Permohonan maaf itu dibuat susulan hantaran terdahulu yang memaparkan tindakan mereka didakwa mempersenda perayaan Thaipusam sehingga mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutama penganut Hindu.
Sehubungan itu,Sirajuddin menyeru semua pihak agar mengamalkan sikap saling memahami dan bertoleransi bagi memastikan keamanan serta perpaduan negara terus terpelihara.
BERITA BERKAITAN
Persenda upacara agama,MCMC diarah siasat stesen radio swasta
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur