2025-03-04 HaiPress

Foto Fail BERNAMA
KUANTAN,4 Mac- Sultan Pahang,Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan ekoran pencemaran udara yang berlaku di kawasan Balok Baru,Kuantan.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang,Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) dalam kenyataan berkata ia susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan itu dikategorikan sebagai sangat tidak sihat iaitu 251 yang dicatatkan,setakat pukul 2.00 petang,semalam.
Keadaan itu dijangka semakin meningkat ekoran kebakaran ladang kelapa berhampiran Jalan Pintasan Kuantan-Sungai Ular.
"Baginda berharap semua penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dan kawasan sekitar terutama mereka yang mempunyai masalah pernafasan agar lebih berhati-hati agar tidak menerima kesan langsung akibat pencemaran udara tersebut.
Baginda juga meminta agar kegiatan luar juga perlu dihentikan buat masa ini bagi mengelak sebarang masalah kesihatan termasuk aktiviti melibatkan pelajar sekolah di kawasan berkenaan," kata kenyataan itu.
Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka terutamanya pada musim panas dan berangin ketika ini.
Sementara itu,Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang memaklumkan,bacaan IPU di kawasan Balok Baru menunjukkan perkembangan agak positif apabila merekodkan bacaan 186 dikategorikan sebagai tidak sihat,setakat pukul 1.00 petang berbanding sangat tidak sihat,semalam.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur