2025-03-04 HaiPress

Sebuah motosikal dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan atas jambatan dengan enjin masih hidup
KUANTAN,4 Mac- Seorang lelaki berusia 22 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam Sungai Kuantan dari Jambatan Putra di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.43 malam selepas aduan dibuat oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Menurutnya,saksi ternampak sebuah motosikal ditinggalkan atas jambatan dengan enjin masih hidup serta sebuah telefon bimbit dalam keadaan sedang membuat panggilan video.
Curiga dengan situasi tersebut,saksi segera menghubungi talian kecemasan 999 bagi memaklumkan kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada 11.30 malam dengan bantuan pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi penguatkuasaan lain.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang,Zulfadli Zakaria memaklumkan operasi SAR yang bersambung pagi tadi turut membabitkan dua anjing pengesan,Frankie dan Denti dari Unit K9 JBPM.
Operasi itu turut dibantu oleh Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Kuantan serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur