2025-03-04 HaiPress

Foto Pengarah Program,Dr. Keeren Sundara Rajoo (baju polo hitam) bersama peserta Jepun bagi Tokyo NODAI–UPMKB Borneo Mangrove Exploration Student Inbound Program 2025/ Foto UPM
BINTULU,4 Mac– Institut Sains Ekosistem Borneo (IEB) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Universiti Pertanian Tokyo (Tokyo NODAI) telah menganjurkan program Tokyo NODAI Borneo Mangrove Exploration 2025 bagi memperkukuhkan kerjasama pemuliharaan bakau di Sarawak.
Program berlangsung di Kuala Sibuti,Sarawak menghimpunkan 10 ahli Mangrove Research Club Tokyo NODAI untuk mengkaji dan mengalami sendiri ekosistem bakau di Borneo.
Pengarah IEB,UPMKB,Dr. Syeed Saifulazry Osman Al-Edrus berkata,program itu bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan ekosistem bakau dan usaha pemuliharaannya.
"Melalui program ini peserta dapat memahami secara langsung kepelbagaian biologi bakau di Sarawak serta cabaran pemuliharaannya.
"Kajian lapangan ini juga membolehkan mereka memperoleh pengalaman praktikal dalam usaha konservasi," katanya menerusi kenyataan.
Pengarah program,Dr. Keeren Sundara Rajoo pula berkata,kerjasama antarabangsa itu penting dalam memelihara ekosistem unik Borneo,selain memperkukuh hubungan akademik antara UPMKB dan Tokyo NODAI.
"Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga menyumbang kepada usaha pemeliharaan ekosistem bakau yang kritikal bagi keseimbangan alam sekitar dan kelestarian biodiversiti," katanya.
Pelajar jurusan perhutanan dari Tokyo NODAI,Naoki Kato,berkata ia merupakan pengalaman pertamanya dalammeneroka ekosistem bakau di Borneo.
"Program berkenaan dapatmemperkukuhkan pemahaman dalam bidang perhutanan
"Saya berharap program ini dapat dijadikan sebagai inisiatif tahunan untuk Mangrove Research Club bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan,” katanya.
Program yang turut dianjurkan bersama Pejabat Hutan Wilayah Miri merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UPMKB dalam memperkukuh kajian ekosistem bakau serta memperluaskan jaringan kerjasama dengan institusi antarabangsa dalam bidang konservasi alam sekitar.
Sepanjang program,para pelajar mengambil bahagian dalam sesi taklimat pendidikan dan aktiviti lapangan.
Kerjasama terbabit bukan sahaja memperkukuh pemahaman pelajar mengenai pemuliharaan bakau,malah mengukuhkan komitmen IEB UPMKB dalam memupuk pertukaran akademik antarabangsa ke arah kelestarian alam sekitar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur