2025-03-04 HaiPress

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir/BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac- Pelaksanaan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) dengan Singapura bertujuan memperkukuh sistem pembekalan,bukan berorientasikan keuntungan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan ia adalah mekanisme perdagangan TBB merentas sempadan dengan menjual lebihan elektrik daripada sistem bekalan elektrik yang dikendalikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui ENEGEM.
Pelaksanaan itu juga antara inisiatif perintis di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR),berpandukan Garis Panduan "Cross-Border Electricity Sales for Renewable Energy (CBES-RE)" yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga.
"Kalau kita lihat pun,kaedahnya ialah penjualan itu adalah berdasarkan lebihan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik yang sedia ada.
"Jadi,berdasarkan model pelaksanaan itu,bekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik ini terletak dalam 'energy pool' yang mana bila kita buka untuk bidaan daripada pembeli tenaga dari Singapura,berdasarkan tawaran tarif yang tertinggi.
Untuk tenaga boleh baharu,pasaran di sini pun sebenarnya kita bersifat terbuka dan mana-mana pihak yang berminat boleh sertai pembekalan tenaga elektrik hijau dalam negara ini. Sementara itu,apa yang kita uruskan dengan Singapura itu berbentuk daripada sistem,bukannya dari mana-mana pihak tertentu," kata Akmal Nasrullah di Parlimen,hari ini.
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya,Lee Chean Chung.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur