2025-03-04 IDOPRESS

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/MITI
KUALA LUMPUR,3 Mac- Sebanyak 600 syarikat disasarkan untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 berbanding 357 penyertaan dalam edisi terdahulu,kataMenteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata AKI yang diperkenalkan sejak 1991 bertujuan memastikan komuniti perniagaan kekal berdaya saing dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.
"Apa yang penting ialah kita cuba menyokong syarikat-syarikat ini dan memastikan bahawa apabila kita membuat penilaian,kita juga membantu mereka memenuhi keperluan minimum untuk maju ke peringkat seterusnya.
"Ia bukan sekadar anugerah,tetapi juga memberi nasihat,bimbingan dan pelbagai sokongan lain melalui infrastruktur kerajaan serta sektor swasta," katanya selepas pelancaran AKI 2026 di sini hari ini.
Dalam ucapannya,beliau menyatakan terdapat tiga aspek kecemerlangan bagi setiap pencalonan iaitu kualiti produk dan perkhidmatan,tadbir urus pengurusan serta keupayaan memberi nilai tambah secara berterusan.
Pada AKI 2024,anugerah tertinggi bagi kategori Anugerah Perdana Menteri dimenangi oleh CTRM Aero Composites Sdn Bhd.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur