2025-03-04 IDOPRESS

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,3 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada hari ini susulan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM25.01 bilion daripada RM18.93 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai bagi dana Islam bertambah kepada RM29.80 bilion daripada RM26.24 bilion,sebelum ini.
Terdahulu,bank pusat itu melaksanakan masing-masing tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik semalaman bernilai RM8 bilion untuk tempoh sehari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM25.0 bilion dan satu tender pasaran wang murabahah RM29.80 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.
Selain itu,BNM menyemak semula tender semalaman murabahah kepada RM29.8 bilion daripada RM26.6 bilion.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 27 Februari 2025. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur