2025-03-05 HaiPress

Yang Dipertua MPK,Affendi Rajini Khan (kanan) ketika meninjau pengoperasian Bazar Ramadan di Tapak Pasar Lama Kangar,Perlis pada Selasa / Foto RTM
KANGAR,5 Mac – Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan mengambil tindakan tegas,termasuk menarik balik lesen perniagaan terhadap mana-mana peniaga di 11 Bazar Ramadan seluruh Perlis sekiranya gagal mematuhi syarat kebersihan yang ditetapkan.
Yang Dipertua MPK,Affendi Rajini Khan berkata pihaknya telah menyediakan 455 gerai jualan di beberapa lokasi,termasuk Bazar Ramadan Kangar,Bazar Ramadan Taman Kemajuan,Bazar Ramadan Arau dan Bazar Ramadan Kuala Perlis.
Menurutnya,walaupun tiada aduan diterima sepanjang tiga hari operasi berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,MPK akan terus melaksanakan penguatkuasaan berkala bersama agensi berkaitan bagi memastikan aspek kebersihan terus dipatuhi oleh peniaga.
Selain itu,sebanyak 461 gerai jualan turut disediakan oleh agensi,persatuan,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta di lokasi lain seperti Bazar Ramadan Persiaran Wawasan,Bazar Ramadan Mata Ayer,Bazar Ramadan Dataran ABC MAIPs dan Bazar Ramadan Pasar Tani Kekal Simpang Empat.
"Tinjauan mendapati peniaga berpuas hati dengan lokasi Bazar Ramadan yang disediakan,manakala jumlah pengunjung turut meningkat,memberikan pendapatan yang baik kepada peniaga," katanya ketika meninjau pengoperasian Bazar Ramadan di Tapak Pasar Lama Kangar,di sini pada Selasa.
MPK turut mengingatkan peniaga agar tidak menyewakan lot niaga yang diperoleh kepada pihak ketiga kerana kadar sewa yang dikenakan adalah rendah.
Dalam usaha memastikan keselamatan,MPK turut menyediakan laluan kecemasan di setiap Bazar Ramadan selari dengan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memudahkan agensi penyelamat bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur