2025-03-05 HaiPress

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited memastikan sekolah di kawasan luar bandar,khususnya di Sabah dan Sarawak,mendapat akses kepada bekalan air bersih / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,5 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited memastikan sekolah di kawasan luar bandar,mendapat akses kepada bekalan air bersih yang selamat dan berterusan.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh memaklumkan sebanyak 302 sistem telaga tiub di sekolah luar bandar masih beroperasi dan diselenggara dengan peruntukan RM30.6 juta pada 2024,manakala RM40 juta diperuntukkan bagi tahun 2025.
"KPM bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah dan Sarawak serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub di kawasan pedalaman sejak 2021. Sehingga kini,jumlah nilai kontrak peruntukan yang diluluskan adalah RM94.5 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Julau,Datuk Larry Soon di Dewan Rakyat,di sini.
Sebanyak 90 sekolah sedang menjalani projek pembinaan telaga tiub dengan nilai peruntukan tersebut,dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun ini.
Kerajaan yakin usaha itu akan meningkatkan keselesaan dan keselamatan pelajar,sekali gus menyokong persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur