2025-03-05 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto PMO
KUALA LUMPUR,5 Mac – Malaysia bakal menjalin kerjasama strategik dengan sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor negara.
Setiausaha Akhabar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah,berkata kerjasama itu bakal melakar sejarah negara dalam industri teknologi global.
Menurut beliau,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan pemeteraian perjanjian itu pada petang ini melalui Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Kementerian Kewangan,dan Kementerian Ekonomi.
“Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang bekerjasama dengan syarikat pereka seni bina cip terbesar dunia ini.
"Ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri teknologi global tetapi juga membolehkan syarikat tempatan memanfaatkan kepakaran dan teknologi termaju dalam bidang semikonduktor,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu.

Setiausaha Akhabar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah
Tambah beliau,kerjasama ini akan menjadikan Malaysia sebagai hab utama ekosistem teknologi ASEAN dan menempatkan pejabat pertama syarikat tersebut di rantau ini.
"Kerjasama ini akan mempercepatkan pertumbuhan tenaga kerja berkemahiran tinggi sekali gus memperkukuh daya saing industri teknologi negara," katanya.
Pemeteraian perjanjian itu mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap dasar kerajaan MADANI,yang terus menggalakkan pelaburan bernilai tinggi bagi memperkukuh ekonomi digital negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur