2025-03-05 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,5 Mac - Agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal sebagai keutamaan tertinggi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbincangan bersama pimpinan kerajaan negeri dan agensi.
Setiausaha Akhbar Kanannya,Tunku Nashrul Abaidah berkata,perkara itu akan ditekankan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri dan Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama kepimpinan utama kerajaan negeri dan agensi dalam siri jelajah beliau ke negeri-negeri bermula minggu depan.
"Sejak agenda ini diumumkan dalam Belanjawan 2023,beliau telah menggerakkan semua Setiausaha Politik ke negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.
Tambah Tunku Nashrul,usaha ini merangkumi peningkatan pendapatan golongan sasar,menyediakan peluang pekerjaan,akses lebih baik kepada pendidikan,kesihatan,dan perumahan,serta memperbaiki taraf hidup serta kesejahteraan isi rumah miskin.
"Alhamdulillah,Perdana Menteri memaklumkan bahawa sehingga 31 Disember tahun lalu,Putrajaya,Negeri Sembilan,Melaka dan Perlis berjaya mencapai sifar miskin tegar dan Insya-Allah kejayaan ini akan diperluas ke negeri-negeri lain," katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur