2025-03-05 HaiPress
Foto FB Zahid Hamidi
BAGAN DATUK,5 Mac- Jawatankuasa peringkat tertinggi dicadang ditubuh bagi mendepani beberapa permasalahan yang dibangkitkan nelayan seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan beliau dengan dikoordinasi oleh lima kementerian.
Lima kementerian tersebut adalah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Kementerian Kewangan,Kementerian Dalam Negeri,Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Ekonomi.
"Tentunya isu-isu ini berlainan antara satu sama lain. Tetapi saya telah dimaklumkan bahawa kebanyakan isu ini ada persamaannya,cuma isu-isu tempatan sahaja yang berbeza tetapi soal dasarnya sama.
"Saya akan mencadangkan kepada Kabinet hari jumaat ini supaya high level community ini dapat dibuat dan melibatkan lima kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus (SLU) bersama komuniti nelayan zon pantai barat dari Perak,Selangor dan Negeri Sembilan di Dewan Dato’ Lope Hashim Bagan Datuk yang dihadiri kira-kira 500 nelayan hadir.
Antara isu yang diberi perhatian adalah berkenaan penyasaran subsidi diesel dan pemberian insentif tambahan kepada nelayan.
Insentif itu akan menambah nilai kepada Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) berjumlah RM300 ketika ini.
"Kita akan mencari jalan untuk menambah hasil tangkapan laut daripada nelayan. Mungkin lebih lagi. Ia bukan untuk menggantikan,tetapi untuk menambah lagi," katanya.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur