2025-03-05 HaiPress

Penetapan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus bagi pekerja asing dilihat sebagai langkah seimbang dalam mengekalkan keadilan pasaran buruh / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,5 Mac – Penetapan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi pekerja asing dilihat sebagai langkah seimbang dalam mengekalkan keadilan pasaran buruh serta memperkukuh perlindungan sosial golongan tersebut.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors,Mohd Sedek Jantan berkata pelaksanaan tersebut boleh dianalisis dari dua perspektif utama,iaitu ekonomi buruh dan ekonomi awam.
"Dari sudut ekonomi buruh,langkah ini memastikan pekerja asing tidak mempunyai kelebihan kos yang tidak adil berbanding pekerja tempatan. Ia sekali gus mengelakkan tekanan ke bawah terhadap kadar gaji dan mewujudkan persaingan lebih saksama dalam pasaran pekerjaan," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah beliau,keadaan itu juga memastikan majikan membuat keputusan pengambilan pekerja berdasarkan keperluan sebenar,bukan semata-mata faktor kos buruh yang lebih rendah.
Dari sudut ekonomi awam pula,caruman KWSP tersebut dapat meningkatkan perlindungan sosial bagi pekerja asing,selain mengurangkan kebergantungan mereka terhadap perkhidmatan awam seperti kesihatan dan kebajikan.
Pada Isnin,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing ditetapkan pada kadar dua peratus,jauh lebih rendah berbanding cadangan asal sebanyak 12 peratus.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur