2025-03-05 IDOPRESS

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun/BERNAMA
SEREMBAN,5 Mac- Penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Negeri Sembilan diingatkan untuk melunaskan sewa bulanan mereka bagi mengelakkan tunggakan sewa yang lebih tinggi.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata ia susulan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang telah menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa di Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT) Lobak,Seremban,baru-baru ini.
Jelasnya,tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu antara RM17,000 hingga RM34,000.
"Saya berharap bahawa mereka harus bersama-sama. Bagi penduduk,harus bersama-sama. Mereka beranggapan ini rumah kerajaan,tidak perlu bayar tetapi bila kita mengambil tindakan mereka mampu bayar RM8,000,ada juga yang bayar RM12,000 sekali gus.
Ini berlaku apabila kita mula-mula buatpenguatkuasaan. Jadi,saya harap tidak ada kenaikan,dalam masa sama bayarlah. Kalau ada tunggakan yang besar,mungkin bayar ansur-ansur untuk dibincangkan,paling penting ansuran bulanan itu wajib dibayar," kata Datuk Aminuddin kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco,di Wisma Negeri,Seremban.
Tambahnya,pihak MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan.
Dalam perkembangan lain,kerajaan Negeri Sembilan turutmengumumkan sumbangan kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada pengerusi,setiausaha dan bendahari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Sumbangan tersebut melibatkan sebanyak RM500 kepada pengerusi JPKK,RM300 kepada setiausaha JPKK dan RM200 kepada bendahari JPKK.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur