2025-03-06 HaiPress

Foto RTM
KANGAR,6 Mac-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis melaksanakan Ops Pantau di 11 Bazar Ramadan seluruh negeri berkenaan.
Operasi itu bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman pada harga tidak munasabah di setiap bazar Ramadan.
Menurut Exco Negeri,Razali Saad,sehingga kini,tiada aduan di terima pihak KPDN berkaitan pencatutan harga oleh peniaga.
Namun setiap peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga sesuka hati sehingga membebankan pengguna dan sekiranya wujud elemen mencatut,tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Setiap tahun pihak KPDN menjalankan pemantauan menerusi operasi khas di bazar Ramadan yang turut melibatkan Majlis Perbandaran Kangar,Jabatan Kesihatan Negeri dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Pemantauan itu bagi memastikan peniaga mempamerkan tanda harga pada setiap barangan jualan dan menggunakan alat timbang ditentu sah.
Beliau memaklumkannya ketika melakukan tinjauan bersama penguat kuasa KPDN Perlis di Bazar Ramadan Tapak Pasar Lama Kangar yang melibatkan lebih 20 peniaga.
11 Bazar Ramadan di Perlis yang menjadi tumpuan,antaranya Bazar Ramadan Tapak Pasar Lama Kangar,Bazar Ramadan Taman Kemajuan,Bazar Ramadan Arau,Bazar Ramadan Kuala Perlis,Bazar Ramadan Persiaran Wawasan dan Bazar Ramadan Dataran ABC MAIPs serta Bazar Ramadan Pasar Tani Kekal Simpang Empat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur