2025-03-06 HaiPress

KPDN Labuan beri jaminan bekalan barangan asas di negeri berkenaan mencukupi sepanjang Ramadan / Foto RTM
LABUAN,6 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan asas seperti gula,minyak masak,dan tepung gandum adalah mencukupi sepanjang Ramadan ini.
Pengarah KPDN Labuan,Junaidah Arbain,dalam satu kenyataan berkata bahawa hasil pemantauan dan pemeriksaan mendapati bekalan barangan keperluan asas di negeri ini mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk.
Selain itu,pihaknya tidak menerima sebarang aduan melalui sistem e-aduan mahupun pemeriksaan harian di premis-premis berkaitan kekurangan bekalan.
Menurut beliau,pemborong minyak masak polibeg satu kilogram dijangka menerima bekalan baharu selewat-lewatnya pada minggu kedua Mac 2025.
Sementara itu,tiga pemborong utama bekalan gula pasir kasar di Labuan dijangka menerima sekitar 95,040 kilogram gula sebelum perayaan Aidilfitri nanti.
Dalam usaha membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan,lebih tujuh Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM),termasuk PJRM Mega Raya,akan diadakan sepanjang Ramadan ini.
"Inisiatif ini memberi peluang kepada penduduk Labuan untuk mendapatkan keperluan asas dan barangan terpilih pada harga lebih rendah sebagai persiapan menyambut Aidilfitri," katanya.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur