2025-03-06 HaiPress

Murid Tabika KEMAS PPR Pekan Kepong 2,Muhammad Shakir Firman Mohammad Firdaus dilaporkan maut akibat didera pengasuh
KUALA LUMPUR,6 Mac- KEMAS memaklumkan bahawa tindakan segera telah diambil bagi menuntut perlindungan insurans yang dicarum untuk Allahyarham adik Muhammad Shakir Firman Mohammad Firdaus,murid Tabika KEMAS PPR Pekan Kepong 2 yang dilaporkan meninggal akibat didera pengasuhnya,Isnin lalu.
Ketua Pengarah KEMAS,Datuk Mohd Hanafiah Man,berkata pihaknya sedang giat menguruskan proses tuntutan insurans bagi memastikan keluarga allahyarham menerima manfaat sewajarnya.
"Walau apa jua jumlah perlindungan insurans yang diperoleh kelak,ia tidak akan mampu menggantikan kehilangan insan tersayang. Namun,ini sebahagian daripada usaha kami bagi meringankan beban keluarga," ujar beliau.
Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,kepada ibu mangsa,Nor Shakinah.
KEMAS menegaskan komitmen mereka untuk bukan sahaja menjaga kebajikan murid tabika,tetapi juga memastikan setiap anak didik mendapat perlindungan yang sewajarnya melalui caruman insurans yang disediakan.
Usaha itu selaras dengan aspirasi KEMAS untuk memasyarakatkan pendidikan awal kanak-kanak dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan.
Terdahulu,media laporkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun maut dipercayai didera.
Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi Mohd Isa berkata,pada hari kejadian,mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pengasuh wanita.
Beliau berkata,hasil bedah siasat menemukan kira-kira 20 kecederaan pada kepala,badan,tangan dan kaki dipercayai akibat hentakan benda tumpul.
Susulan itu,pengasuh dan suaminya berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Maklumat awal mendapati ibu bapa mangsa telah bercerai dan mangsa dijaga oleh pengasuh wanita terbabit sejak dua bulan lalu dengan bayaran kira-kira RM800.
Mangsa tinggal dengan pasangan terbabit selepas dihantar sebulan sekali oleh ibunya berusia 27 tahun kerana bekerja syif sebagai pegawai pemasaran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur