2025-03-06 HaiPress

Foto facebook JSJ PDRM
KUALA LUMPUR,6 Mac-Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia meneliti serta mengkaji keperluan bagi menambah Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) terutama di Pantai Timur Sabah dan Sarawak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Sri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan ketika ini terdapat 34 pusat CIC di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut 28 pusat CIC ditubuhkan di semenanjung manakala masing -masing 3 buah pusat CIC di Sarawak dan Sabah
"Statistik jumlah rakaman yang diberikan oleh CIC di Negeri Sabah sahaja pada tahun 2023 ialah 385,2024 sebanyak 476 dan ada peningkatan.
"KDN serta PDRM mengambil langkah strategik dalam usaha kita meningkatkan kapasiti pegawai-pegawai kita di CIC dalam menjalankan temuduga kanak-kanak dengan menekankan pendekatan berasaskan trauma,teknik forensik dan kaedah integrasi yang mengurangkan tekanan emosi kanak-kanak itu sendiri",katanya demikian menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kalabakan,Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Parlimen.
Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) telah ditubuhkan pada 12 Februari 2002 dan lokasi pertamanya adalah di Kuala Lumpur
Pusat ini turut berkerjasama pelbagai pihak berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan Gauman dalam memberi latihan dan teknik temuduga pegawai mengenai sensitif terhadap trauma kanak-kanak.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur