2025-03-06 HaiPress

FOTO BOMBA SEKINCHAN
SEKINCHAN,6 Mac- Sekurang-kurangnya lapan buah rumah penduduk di sini mengalami kerosakan teruk susulan kejadian puting beliung pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu,angin kencang dalam keadaan berputar menerbangkan atap dan bumbung rumah penduduk terutama di kawasan sawah.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan,PBK II Mohd Rafizal Mohd Rani berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 7.48 pagi sebelum menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.
"Kami mengarahkan penduduk terjejas keluar dari rumah yang musnah dan berkumpul di lokasi selamat. Anggota turut diarahkan untuk memeriksa rumah-rumah yang terlibat bagi memastikan tiada mangsa cedera atau terkorban.
"Pada masa ini,bomba masih menjalankan pemantauan di lokasi kejadian dan bekerjasama dengan ketua kampung bagi mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa atau kediaman lain yang turut terjejas," katanya ketika dihubungi RTM.
Terdahulu,video tular yang dirakam orang awam menunjukkan angin puting beliung menerbangkan bumbung rumah penduduk hingga lebih 50 meter ke udara.

Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur