2025-03-06 IDOPRESS

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/RTM
KUALA LUMPUR,6 Mac- Status Malaysia sebagai anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kekal dan tidak berubahwalaupun berdepan ketidaktentuan daripada dasar tarif yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dasar ekonomi yang diumumkan AS setakat ini belum memberi impak langsung terhadap ekonomi negara kerana AS bukan anggota dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas berkenaan.
"Status Malaysia sebagai ahli CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun timbul ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Presiden AS (Donald Trump). Ini kerana AS bukan ahli CPTPP mahupun RCEP. Sehingga kini,dasar ekonomi yang diumumkan Presiden AS masih belum memberi kesan secara langsung ke atas ekonomi negara.
"Namun demikian,kerajaan akan terus memantau perkembangan dasar baharu AS serta merangka strategi bersesuaian bagi menangani implikasi terhadap ekonomi Malaysia," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dewan Negara hari ini.
BERITA BERKAITAN
Tarif AS: Kerajaan ambil maklum kebimbangan industri perabot
Trump arah semakan tarif kayu import pula
Trump umum tarif 25 peratus atas import keluli,aluminium
Eropah bincang langkah lindung industri keluli daripada tarif AS
Korea Selatan rayu pengecualian tarif AS ke atas keluli dan aluminium
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur