2025-03-10 HaiPress

Pusat Koreksional Perlis
KANGAR,9 Mac- Polis mengesahkan punca kematian seorang penghuni Pusat Koreksional Perlis di Arau Jumaat lalu adalah disebabkan ketumbuhan dalam organ hati yang pecah hingga menyebabkan pendarahan dalaman.
Ketua Polis Daerah Arau,Penguasa Polis (SUPT) Ahmad Mohsin Md Rodi berkata,hasil bedah siasat oleh pakar patologi mendapati ketumbuhan itu dipercayai pecah selepas mangsa,lelaki berusia 23 tahun,terjatuh.
“Corak kecederaan pada tubuh mangsa juga tidak menunjukkan sebarang tanda penderaan. Namun,pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti jenis ketumbuhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sampel ketumbuhan dan DNA mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk analisis toksikologi.
Lelaki tersebut merupakan tahanan reman bagi kes dadah bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952. Mangsa dilaporkan terjatuh di bilik air pada 6 Mac lalu sebelum menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF),Kangar dan disahkan meninggal dunia.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur