2025-03-10 HaiPress

Ketegasan Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain dalam memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh keselamatan awam / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,9 Mac – Ketegasan Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain dalam memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh keselamatan awam.
Penganalisis jenayah,Shahul Hamid Abdul Rahim menyifatkan tindakan tersebut mampu menghalang sebarang ancaman yang boleh menjejaskan ketenteraman penduduk sekitar.
“Untuk menjamin keselamatan rakyat,pasukan keselamatan lain,terutamanya tentera dan pegawai perlindungan kawalan sempadan,perlu memainkan peranan mereka. Di Sungai Golok,kawalan ketat harus dipastikan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan oleh rakyat atau warga asing tanpa melalui laluan yang sah.
"Kepercayaan juga diberikan kepada pihak berkuasa,khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM),dalam memastikan pintu sempadan selamat daripada sebarang ancaman,” katanya ketika dihubungi RTM.
Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan sempadan agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan pergerakan tidak perlu di kawasan berisiko tinggi demi keselamatan mereka.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur