2025-03-10 HaiPress

FOTO RTM
KUALA TERENGGANU,9 Mac- Bertemakan “Berilah Seadanya,Berkongsilah Seikhlasnya”,program Jelajah Ramadan 2025 edisi ke-13 telah menjelajah ke enam Negeri.
Terengganu negeri kelima penganjurannya semalam sebelum ke Kelantan hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik Jabatan Penyiaran Malaysia Nasaruddin Abdul Muttalib berkata program telah bermula di Sabah pada 1 Mac lalu dan akan berakhir di Melaka 20 Mac ini.
Keseluruhannya program berjalan lancar dan mendapat sambutan meriah di lokasi yang terpilih.
"Saya melihat tahun ini lebih meriah berbanding tahun tahun yang lepas kerana lebih banyak lagi penyertaan daripada penaja yang turut menyertai program ini dan program dapat kita pelbagaikan lagi misalnya semalam sumbangan daripada BABAS untuk juadah berbuka puasa untuk kita edarkan di Gong Badak dan begitu juga penaja lain,kita dapat membuat program khas penaja yang menyertai Jelajah Ramadan ini," katanya.
Beliau ditemui selepas program bersama kakitangan Jabatan Penyiaran Terengganu di Bukit Pak April Kuala Terengganu.
Dalam kunjungan hampir tiga jam itu,beliau turut sama dalam sesi soal jawab yang turut disertai Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu Sabri Mansor.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur