2025-03-10 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof (dua,kiri) pada Majlis Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra N7 Samariang,hari ini / BERNAMA
KUCHING,9 Mac- Kerajaan menyasarkan pengurangan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di peringkat kebangsaan kepada kurang 35 peratus tahun ini,dengan sasaran seterusnya ditetapkan pada 30 peratus menjelang tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,bagi mencapai sasaran tersebut,kerajaan akan melaksanakan inisiatif penggantian paip usang dan meter air di seluruh negara menerusi dua pakej.
Pakej pertama melibatkan negeri-negeri yang mencatatkan kadar NRW melebihi 40 peratus,di mana mereka akan menerima geran khas bagi melaksanakan kerja penggantian paip dan meter air.
Bagi negeri dengan kadar NRW di bawah 40 peratus,mereka perlu melaksanakan penggantian paip dan meter terlebih dahulu menggunakan peruntukan sendiri,sebelum menerima pulangan secara berperingkat sebanyak 50 peratus daripada kos pelaksanaan.
"Bagi negeri yang menerima geran,peruntukan akan disalurkan mengikut keperluan,manakala negeri yang perlu menanggung kos terlebih dahulu akan mendapat bayaran balik secara berperingkat," jelas Datuk Seri Fadillah.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Airberkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program pengagihan bubur lambuk di Kampung Samariang Jaya Fasa 2,Kuching.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur