2025-03-10 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir / Foto RTM
GEORGE TOWN,9 Mac – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memantau rapi keadaan empat pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Jordan,dengan seorang daripada mereka memerlukan rawatan rapi akibat kecederaan parah.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata tiga pelajar berada dalam keadaan stabil,manakala seorang lagi memerlukan perhatian khusus di hospital.
“Saya telah mendapat laporan awal mengenai keadaan empat pelajar kita dan pihak Education Malaysia (EM) di Jordan sedang memantau situasi mereka. Mereka akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa. Setakat ini,tiga pelajar dalam keadaan baik,manakala seorang lagi memerlukan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kembara Ramadan KPT 2035 bersama warga Universiti Sains Malaysia (USM) di Masjid Al-Malik Khalid,USM,di sini.
Turut hadir,Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,Profesor Datuk Dr. Azlinda Azman,dan Naib Canselor USM,Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
Terdahulu,media melaporkan empat pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah,Jordan,mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara itu pada Jumaat lepas.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur