2025-03-10 HaiPress

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto RTM
PUTRAJAYA,9 Mac – Malaysia beraspirasi menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global dengan berasaskan nilai keterangkuman,kepelbagaian,dan perancangan berorientasikan masa hadapan,terutama sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata negara ini komited memperkukuh keutamaan ASEAN dengan rakyat sebagai teras utama.
“Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025,Malaysia mempunyai aspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global dengan menerapkan nilai jangka panjang yang berteraskan keterangkuman,dan program berorientasikan masa depan.
“Selaras dengan nilai serta prinsip Malaysia MADANI,negara komited memajukan keutamaan ASEAN dengan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap usaha,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Luar,di sini.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur