2025-03-10 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,7 Mac- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat,didorong oleh prospek Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan faedah serta keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata senario itu menggalakkan perbezaan kadar faedah yang lebih kecil dan menyebabkan ramai pengeksport bertindak melepaskan pegangan dolar AS menjelang pengumuman data gaji bukan perladangan lewat malam ini.
Pada pukul 6.00 petang,ringgit mengukuh ke paras 4.4110/4145 berbanding dolar AS daripada 4.4230/4270 pada akhir urus niaga semalam.
“Pasaran jelas cenderung untuk meningkat dan boleh mendorong kelemahan dolar AS pada minggu depan,sekali gus memberi kelebihan kepada ringgit.
“Jika data gaji bukan perladangan tidak memberangsangkan dan mengukuhkan haluan Fed untuk menurunkan kadar faedah,momentum ringgit juga dijangka berterusan,” katanya kepada Bernama.
Pada masa ini,beliau berkata kelebihan itu berpihak kepada ringgit dengan unit tempatan itu memanfaatkan kestabilan domestik dan cabaran luaran.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama.
Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.7070/7115 daripada 5.6964/7015,susut berbanding euro kepada 4.7903/7941 daripada 4.7773/7816 semalam namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9909/9935 daripada 2.9940/9969 sebelum ini.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit diniagakan bercampur-campur,termasuk meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3185/3214 daripada 3.3186/3218 semalam.
Ringgit bagaimanapun susut berbanding baht Thailand kepada 13.1124/1290 daripada 13.0939/1124 sebelum ini dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 270.6/271.0.
Mata wang tempatan itu juga kekal berbanding peso Filipina pada 7.71/7.73.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur