2025-03-10 IDOPRESS

FOTO HIASAN
ALOR SETAR,9 Mac- Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1,2,dan 3 terpaksa dihentikan.
Dalam kenyataan di laman sosial Facebook,SADA memaklumkan henti tugas itu berpunca daripada litar pintas dan kerosakan pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.
"Gangguan bekalan air bermula sekitar 4.30 petang tadi dan dijangka berlarutan sehingga kerja-kerja pembaikan serta pengagihan semula bekalan selesai.
"Pengguna yang ingin mengetahui kawasan terjejas boleh merujuk senarai penuh di laman Facebook rasmi SADA," menurut hantaran tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur