2025-03-10 IDOPRESS

Foto hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 Mac- 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) akan menjadi antara pemacu utama integrasi dan pertumbuhan ekonomi serantau.
Pengarah Kanan,Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN,MITI,Dr Sugumari S.Shanmugam berkata,PED meliputi usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan,mewujudkan laluan inklusif dan mampan,serta menggalakkan keterhubungan serantau.
Bagi memperkukuh perdagangan dan pelaburan,ia melibatkan usaha menyepadukan perdagangan serantau,agar aliran dagangan lebih lancar dan efisien.
"Jadi,kami sebenarnya sedang membincangkan lebih lanjut mengenai penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN.
"Rundingan sedang berlangsung dan diharapkan menjelang akhir tahun,atau lebih baik lagi ketika para pemimpin bertemu,kami dapat menandatangani perjanjian tersebut serta perjanjian lain yang penting dengan rakan dialog kami,contohnya dengan India,China dan juga pengisytiharan kerjasama ASEAN-GCC yang akan datang",katanya dalam program Biz Malaysia di TV1.
Tambahnya,pemukiman Menteri-MenteriEkonomi ASEAN (AEM) ke-31,melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua PED.
Ia bakal dibentangkan pada Sidang Kemuncak PemimpinASEAN ke-46 November ini,dipengerusikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur