2025-03-10 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,8 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah sedikit minggu depan dalam persekitaran permintaan yang perlahan,berikutan pengeluaran dijangka menyusut disebabkan musim daun getah luruh,kata pakar industri Denis Low.
Beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran cuaca ribut musim panas yang membawa hujan lebat,angin kencang,hujan batu,dan kilat yang dijangka menjejaskan 40 wilayah.
"Sumber utama ketidakstabilan lain dalam pasaran adalah kadar pertukaran yang berubah-ubah. Kami melihat perubahan yang signifikan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding dengan mata wang lain di seluruh dunia,dan ini tidak menguntungkan pasaran," katanya kepada Bernama.
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia turut menyatakan sentimen yang sama dan berkata bekalan getah akan kekal terhad disebabkan musim daun getah luruh dan cuaca lembap.
Sementara itu,ia turut menyatakan bahawa faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada pasaran termasuk perang perdagangan,dasar tarif AS serta ketegangan geopolitik,terutamanya hubungan perdagangan AS-China.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 15.0 sen kepada 899.50 sen setiap kilogram (kg),manakala lateks pukal menurun 4.0 sen kepada 708.00 sen setiap kg.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur