2025-03-10 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,8 Mac- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan,antara RM4,300 hingga RM4,500 satu tan,kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies,Jim Teh.
Teh menjelaskan sentimen pasaran mungkin bersandar ke arah kecenderungan kenaikan harga di tengah -tengah asas yang kuat.
“Bagaimanapun,pemain pasaran akan memantau perkembangan pada Isnin depan,apabila Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijadualkan mendedahkan angka eksport minyak sawit dan tahap inventori untuk Februari 2025," katanya kepada Bernama.
Teh juga menjelaskan perang tarif yang berterusan antara Amerika Syarikat dan China,Kanada dan Mexico serta mungkin negara-negara Kesatuan Eropah akan,sedikit sebanyak,mempengaruhi pasaran niaga hadapan MSM,memandangkan peniaga mungkin mengamalkan pendekatan yang lebih selamat.
“Dari segi permintaan fizikal,China,India,Pakistan,negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara Kesatuan Eropah akan terus menjadi pembeli utama,” katanya.
Dari Jumaat ke Jumaat,kontrak Mac 2025 meningkat RM141 kepada RM4,870 satu tan,April 2025 memperoleh RM79 kepada RM4,724 satu tan,dan Mei 2025 menokok RM71 kepada RM4,625 satu tan.
Sementara itu,kontrak Jun 2025 naik RM51 kepada RM4,506 satu tan,Julai 2025 mencatatkan penambahan sebanyak RM25 kepada RM4,389 satu tan dan Ogos 2025 melonjak sebanyak RM7 kepada RM4,309 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan berkembang kepada 471,778 lot berbanding 348,129 lot sebelum ini,manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 242,153 kontrak daripada 241,330.
Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan menambah RM100 kepada RM4,900 satu tan.
-- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur