2025-03-10 IDOPRESS

Penetapan harga bagi kumpulan berkaitan diagnostik (DRG) merupakan antara cadangan yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu peningkatan kos penjagaan kesihatan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Mac – Penetapan harga bagi kumpulan berkaitan diagnostik (DRG) merupakan antara cadangan yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu peningkatan kos penjagaan kesihatan.
Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia,Profesor Emeritus Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid berkata langkah itu mampu meningkatkan ketelusan dan membolehkan masyarakat mengenal pasti kos rawatan serta prosedur dengan lebih menyeluruh.
“DRG telah pun digunakan di Malaysia di hospital pengajar lebih daripada 10 tahun. Di Kementerian Kesihatan juga terdapat jawatankuasa teknikal yang dapat membantu Persatuan Insurans Malaysia dan juga takaful untuk melaksanakan sistem ini.
"Jadi,apa yang kita lakukan di hospital pengajar boleh kita laksanakan di hospital swasta dan ini akan menjimatkan waktu untuk melaksanakan DRG ini,” katanya ketika dihubungi RTM.
Dr Syed Mohamed turut menyokong pewujudan pangkalan data tuntutan bagi meningkatkan analisis tuntutan serta mengurangkan penyalahgunaan.
Jelasnya,data sama juga boleh digunakan dalam menentukan kadar premium insurans yang lebih rendah.
Sebelum ini,peserta industri insurans dan takaful telah mengesyorkan sembilan langkah bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan,yang turut dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur