2025-03-11 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan oleh rombongan tuan guru dan alim ulama dari pondok serta madrasah di Kelantan di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Menerusi kenyataan di Facebook,Anwar memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah membuka ruang yang bermakna untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu khususnya berkaitan perkembangan Islam dan pembangunan ummah.
Beliau turut menegaskan kepentingan memperkukuh dasar Islam dalam pendidikan serta beberapa usaha kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam.
Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan terhadap pandangan dan nasihat yang dikemukakan oleh golongan agamawan berkenaan khususnya dalam soal pendidikan turath dan pemerkasaan institusi pondok di Malaysia.
"Mereka menzahirkan kepentingan memperteguh semangat persaudaraan,memupuk kefahaman dan kasih sayang,serta menghindari kebencian," tambahnya.
Selain itu,Anwar turut menyambut baik saranan para ulama agar inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh Islam diperhebatkan lagi.
"Kami sependapat bahawa dalam banyak perkara,titik persamaan itu lebih besar daripada perbezaan," katanya sambil menekankan perkembangan komunikasi serta kerjasama yang semakin erat dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berharap pertemuan sebegini dapat diteruskan kerana ia menjadi platform bernilai dalam merangka usaha bersama demi kemaslahatan umat dan negara.
"Buah fikiran dan nasihat para tuan guru amat saya hargai,dan saya percaya ia terpancar dari keikhlasan demi kesejahteraan rakyat dan negara," katanya.
Pertemuan itu diadakan susulan jemputan yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri selepas para ulama berkenaan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur