2025-03-11 HaiPress

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
KUALA LUMPUR,11 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan tiada penggantungan lesen terhadap Maestra Broadcast Sdn Bhd,pengendali stesen radio Era FM.
Bagaimanapun,syarikat itu dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 atas kesalahan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MCMC memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas meneliti rayuan yang dikemukakan oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd berhubung notis niat penggantungan lesen yang dikeluarkan pada 7 Mac lalu.
“Keputusan untuk tidak menggantung lesen dibuat selepas mempertimbangkan hujah rayuan,tindakan susulan yang telah diambil oleh syarikat berkenaan,permohonan maaf yang dikemukakan,serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama,” menurut kenyataan itu pada Isnin.
Tambah kenyataan itu,syarikat berkenaan dikenakan kompaun susulan tindakan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.
"Kompaun itu dikenakan selepas mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara," katanya.
MCMC turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
“Semua pengendali dan pengguna platform digital diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian kaum dan agama serta mematuhi undang-undang negara,” tegas MCMC.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur