2025-03-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Mac- Permohonan bagi lesen penanggung insurans dan pengendali takaful digital (DITO) mendapat sambutan positif sejak dibuka awal Januari lalu.
Kenyatan Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan,respons itu mencerminkan keyakinan yang utuh bagi memperluas inovasi industri insurans dan takaful.
Gabenor BNM,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,jurang perlindungan insurans di negara ini masih ketara.
Khususnya,melibatkan segmen masyarakat yang kurang dan tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.
Justeru,gabungan DITO dengan penanggung dan pengendali sedia ada akan mengukuhkan lagi sistem kewangan dengan tawaran lebih inklusif.
Selain berdaya saing dan cekap,selaras keperluan pengguna yang semakin berkembang.
Ketika ini,sesi perbincangan dengan pemohon yang berminat sedang dijalankan.
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga hujung tahun ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur