2025-03-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Mac- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan kadar eksport yang lebih lemah,kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata paras saham yang lebih tinggi daripada jangkaan di negara ini dan harga minyak kacang soya yang lemah turut menyumbang kepada penurunan harga.
"Kami melihat harga disokong pada paras RM4,450 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,700 setiap tan," kata Ng kepada Bernama.
Terdahulu hari ini,Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit Malaysia pada Februari 2025 susut sebanyak 16.27 peratus kepada satu juta tan daripada 1.19 juta tan pada Januari 2025.
Dalam laporan prestasi industri Februari 2025,MPOB berkata pengeluaran MSM bagi bulan itu turun sebanyak 4.16 peratus atau sebanyak 51,516 tan kepada 1.18 juta tan daripada 1.23 juta tan pada bulan sebelumnya.
Dari segi stok simpanan,MPOB berkata stok MSM meningkat sebanyak 4.66 peratus kepada 826,248 tan pada Februari daripada 789,435 tan pada Januari.
Pada penutup dagangan,kontrak Mac 2025 susut RM94 kepada RM4,776 setiap tan,April 2025 berkurang RM108 kepada RM4,616 setiap tan dan Mei 2025 merosot RM126 kepada RM4,499 setiap tan.
Sementara itu,kontrak Jun 2025 menguncup RM124 kepada RM4,382,Julai 2025 turun RM111 kepada RM4,278 dan Ogos 2025 menyusut RM94 kepada RM4,215 setiap tan.
Jumlah dagangan pula merosot kepada 95,316 lot daripada 131,478 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 244,496 kontrak daripada 242,153 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan menurun RM50 kepada RM4,850 setiap tan.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur