2025-03-11 IDOPRESS

Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,11 Mac- Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani isu hakisan pantai yang semakin kritikal khususnya di Terengganu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pemuliharaan pantai.
"Melalui jawatankuasa ini,kita dapat berbincang dan mencari jalan untuk mempercepatkan proses supaya projek pemuliharaan pantai dapat dilaksanakan dengan segera.
"Jika tertangguh,hakisan akan menjadi lebih teruk dan akhirnya menjejaskan kesejahteraan masyarakat setempat," katanya menjawab soalan tambahan Senator Che Alias Hamid dalam sesi Dewan Negara hari ini.
Menurut beliau,hakisan pantai yang berlaku setiap kali musim tengkujuh bukan sahaja menyebabkan kehilangan tanah,malah memberi cabaran kepada kerajaan negeri dalam proses pelupusan tanah untuk projek berkaitan.
Proses yang mengambil masa lama itu boleh menjejaskan kelancaran pembinaan dan meningkatkan risiko kerosakan lebih besar kepada kawasan terlibat.
Selain itu,Fadillah menegaskan kepentingan libat urus dengan masyarakat setempat bagi meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam menghadapi hakisan pantai akibat cuaca ekstrem.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur