2025-03-11 IDOPRESS

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Mac- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkemas proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui inisiatif digital selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menegaskan keseimbangan antara kaedah tradisional dan digital sebagai kunci murid dapat berdaya saing.
"Dalam usaha memperkukuh integrasi teknologi dalam PdP,KPM telah memperkenalkan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang menyediakan akses percuma kepada pelbagai sumber pembelajaran digital seperti e-buku,video pembelajaran,podcast radio pendidikan serta gamifikasi yang menyokong PdP lebih interaktif.
"Guru-guru boleh memanfaatkan aplikasi pembelajaran seperti Kahoot!,Quizziz dan Padlet untuk menjadikan sesi PdP lebih menarik dan menyeronokkan",katanya.
Tambahnya,platform pembelajaran seperti Google Classroom,Microsoft Teams,dan Apple Education juga boleh diakses melalui DELIMa bagi membantu guru menjalankan PdP dalam talian,hibrid dan secara kolaboratif.
Inisiatif itu tidak hanya memudahkan guru dalam menjalankan PdP secara dalam talian,hibrid dan kolaboratif,malah telah melibatkan seramai 1.052 juta murid sehingga tahun 2024.
Beliau menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali dalam Dewan Negara.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur