2025-03-11 IDOPRESS

mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada pukul 11.15 pagi/Foto APMM
GEORGE TOWN,11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan terjatuh ke laut berhampiran Pulau Tikus semalam ditemukan meninggal dunia pagi ini oleh pasukan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut,ACP Abdul Rozak Muhammad berkata,mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada pukul 11.15 pagi kira-kira 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).
“Kami menerima laporan pada pukul 10.30 pagi semalam daripada seorang nelayan yang memaklumkan rakannya dipercayai terjatuh ke dalam laut.
"Mangsa difahamkan keluar ke laut bersendirian dengan sebuah sampan sekitar pukul 7 pagi sebelum kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan,hari ini.
Menurut beliau,mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah dan seluar sukan hitam. Pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang tanda unsur jenayah.
Susulan penemuan mayat tersebut,operasi CARILAMAT dihentikan pada pukul 12.20 tengah hari.
Waris mangsa telah membuat pengecaman sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur