2025-03-11 IDOPRESS

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,projek untuk rakyat akan diteruskan di semua kawasan tanpa mengira peruntukan disalurkan sama ada melalui kawasan ahli parlimen atau tidak.
Beliau berkata,sebagai contoh projek seperti pembasmian miskin tegar akan dilaksanakan secara lebih menyeluruh tanpa mengira kawasan parlimen.
"Semalam saya beri penjelasan tentang elaun ahli parlimen sebab di parlimen ramai ahli parlimen pembangkang cerita bagaimana susahnya hidup mereka tidak dapat peruntukan.
"Jadi saya jelaskan dua perkara pertama,pendapatan mereka keseluruhannya itu di antara mencecah lebih RM40,000 sebulan,elaun tetap RM25,700 kemudian elaun sidang,elaun mesyuarat jawatankuasa parlimen,elaun perjalanan. Jadi keseluruhannya lebih daripada 30,40 tapi ada lebih sikit sekiranya ahli parlimen duduk jauh.
"Tetapi saya nak tekankan jangan bagi gambaran seolah-olah terlalu sukar kerana ramai rakyat lain yang tidak memiliki elaun perjalanan,jadi itu saya nak tekankan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Ihya Ramadan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur