2025-03-11 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,10 Mac- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan aliran masuk ke dalam ekuiti domestik bernilai RM617.3 juta minggu lepas.
Bagaimanapun,trend pembelian untuk minggu ke-20 berturut-turut itu susut sedikit,berbanding RM817.4 juta minggu sebelumnya.
Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd,trend sama turut dipamerkan pelabur runcit tempatan.
Laporan Aliran Dana terkininya memaklumkan,sejumlah RM264.2 juta belian bersih direkodkan untuk minggu keempat berturut-turut.
Sebaliknya,pelabur asing melanjutkan jualan bersih untuk minggu ke-20,dengan aliran keluar lebih rendah berjumlah RM881.5 juta.
Sementara itu,jumlah dagangan harian purata (ADTV) susut secara menyeluruh kecuali bagi institusi tempatan yang meningkat 1.2 peratus.
Merentas ekuiti Asia,pelabur asing terus menjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut,dengan jumlah aliran keluar bersih AS$8.17 bilion minggu lepas.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur