2025-03-12 HaiPress

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad
TAPAH,11 Mac - Kerajaan Negeri akan mengenal pasti lokasi-lokasi berisiko tinggi terjadi lubang benam di seluruh Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,perhatian turut akan diberikan kepada 11 kawasan yang direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi tempoh 2019 hingga 2024.
Katanya,perkara itu akandibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKN) untuk dibincangkan bersama agensi serta jabatan berkaitan.
"Saya akan jumpa agensi dan dapat maklumat sebenar dan perlu lihat lokasi-lokasi yang kriteria tanahnya sama yang menyebabkan berlaku,dan ini akan diberi fokus utama. Insya-Allah esok saya ada mesyuarat exco saya minta exco berkaitan untuk lihat perkara itu," kata Saarani.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Besar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di Penjara Tapah.
Pada masa sama,beliau turut meminta orang ramai agar membuat laporan segera sekiranya mengetahui kejadian lubang benam di mana-mana lokasi demi keselamatan semua pihak.
JMG merekodkan 24 kejadian lubang benam dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2024,dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 11 kes.
Tiga kejadian direkodkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,dua di Kelantan dan masing-masing satu di Negeri Sembilan,Kedah,Selangor,Melaka dan Perlis.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur