2025-03-12 HaiPress

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri
KUALA LUMPUR,11 Mac -Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini,dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata,tarikh sebenar penganjuran program yang meraikan pengamal media itu akan diumumkan kelak.
"Ada beberapa perkara lagi sedang Kementerian Komunikasi teliti (berkenaan penganjuran HAWANA),Insya-Allah,sempena sambutan itu nanti,kita akan ada beberapa pengumuman besar yang dapat membantu rakan-rakan media kita," katanya kepada pemberita.
Fahmi ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri,di sini.
Turut hadirKetua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa,Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Pada 23 Januari,Fahmi dilaporkan berkata HAWANA tahun ini akan menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama,selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.
Beliau berkata HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur