2025-03-12 HaiPress

Tan Sri Azam Baki/ BERNAMA
KOTA KINABALU,11 Mac- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis ini,bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM,Putrajaya untuk memberi keterangan pada pukul 10.00 pagi.
Beliau turut memaklumkan bahawasijil cuti sakit Ismail Sabri akan berakhir esok.
"Ismail Sabri akan hadir untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara gradual ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dengan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Berbuka Puasa di sini.
Pada majlis menandatangani nota kerjasama itu,SPRM diwakili Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy manakala DBKK diwakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.
Dalam pada itu menurut sumber SPRM,suruhanjaya itu telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Bagaimanapun seramai 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur