2025-03-12 HaiPress

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Arthur Joseph Kurup/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Mac- Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian input pertanian bersubsidi di bawah program Skim Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) dengan peruntukan sebanyak RM53.46 juta untuk tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Arthur Joseph Kurup memaklumkan peruntukantahun lalu telah memberikan impak positif terhadap lebih 33,597 pesawah di Sabah dan Sarawak.
"Kerajaan komited untuk meneruskan pemberian input pertanian bersubsidi di bawah program SBRPB pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM53.46 juta.
"Inisiatif ini bertujuan meningkatkan produktiviti,daya tahan ekonomi pesawah yang mengusahakan tanaman padi bukit/huma seterusnya memperkukuh sektor pertanian di Sabah dan Sarawak",katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Bobbey Suan berkenaan inisiatif baharu kerajaan kepada pengusaha padi huma dan padi bukit di Dewan Negara.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur