2025-03-12 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Mac- Seramai 2,627 orang daripada 906 keluarga terjejas banjir di Sabah,setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
Angka berkenaan menurun berbanding 2,768 orang terjejas daripada 947 keluarga,setakat pagi tadi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di tiga daerah negeri berkenaan.
"Ini membabitkan daerah Beaufort dengan 1,719 orang daripada 556 keluarga ditempatkan di tujuh PPS. Daerah tersebut mencatat jumlah penduduk paling tinggi terjejas.
"Daerah Tenom turut terjejas. Seramai 466 orang daripada 200 keluarga ditempatkan di enam PPS daerah itu. Daerah Membakut pula; membabitkan 442 orang daripada 150 keluarga terjejas di empat PPS," menurut kenyataan tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur