2025-03-12 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KUBANG ROTAN,12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) terus mengukuhkan reputasinya apabila dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik bagi kategori 2 hingga 5 juta penumpang dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 oleh Airports Council International (ACI).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah,Datuk Mohd Salleh Saidin berkata kejayaan kali keempat berturut-turut itu menjadi penanda aras untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan berkenaan.
"Satu pengiktirafan yang sangat baik dan memberi petanda positif kepada sektor pelancongan Negeri Kedah,lebih-lebih lagi dengan Tahun Melawat Kedah 2025 yang semakin hampir. Syabas dan tahniah kepada Malaysia Airports atas kejayaan ini," katanya.
Menurut beliau,kerajaan negeri telah menggariskan dua pendekatan utama bagi merancakkan sektor pelancongan,iaitu meningkatkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dan memperkukuh potensi sektor pelancongan di tanah besar Kedah.
Sementara itu,Malaysia Airports dalam kenyataannya semalam menegaskan kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik serta memperkukuh kedudukan LTAL sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.
Peningkatan pengalaman penumpang,transformasi digital,dan pematuhan piawaian bertaraf dunia menjadi antara faktor utama kejayaan tersebut.
Sepanjang tahun 2024,LTAL mencatatkan pergerakan 2.5 juta penumpang,meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Trafik penumpang antarabangsa juga melonjak 27.9 peratus kepada 280,601 orang.
Pada masa ini,LTAL beroperasi dengan lapan syarikat penerbangan yang mengendalikan 198 penerbangan berjadual setiap minggu.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur