2025-03-12 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,12 Mac - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Rabu dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM13.83 bilion manakala dana Islam berjumlah RM22.95 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik masing-masing merangkumi tender RM2.4 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion bagi tempoh 33 hari dan RM1.0 bilion selama 92 hari.
BNM juga melaksanakan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM480 juta untuk tujuh hari dan RM200 juta bagi 92 hari serta tender repo berbalik semalaman RM9 bilion bagi tempoh sehari.
Selain itu,BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.7 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM23.6 bilion. - BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur