2025-03-12 IDOPRESS

KUALA LUMPUR,11 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.
Ketibaan beliau pada pukul 6.53 petang disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni kira-kira 500 pengamal media yang hadir.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara,Tan Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman.
Pada majlis sama,Anwar turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media yang diuji masalah kesihatan,sekali gus bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.
Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) demi kebajikan pengamal media.
Pada majlis itu,Perdana Menteri juga meluangkan masa menyempurnakan peluncuran buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI terbitan Institut Integriti Malaysia.
Usai berbuka puasa,beliau bersama hadirin menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Muhammadi di Angkasapuri.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur